Ahad, 11 Oktober 2009

Premium Agro Products


Premium Agro Products Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang bernaung di bawah PKPS Agro Industries Sdn Bhd (Anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Syarikat ini merupakan pengilang dan pengedar baja kompos. Syarikat ini mempunyai 2 kilang iaitu di Pasar Borong Selangor dan di kawasan perindustrian Bukit Puchong.


Kilang di pasar Borong Selangor











Kilang di Bukit Puchong












AGROW KOMPOS

Baja kompos AGROW dihasilkan dari hasil sumber semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Baja AGROW KOMPOS diperbuat daripada bahan tanam-tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, rumpai, sisa lanskap dan lain-lain sumber sisa tanaman yang dikitar semula. Proses semulajadi pengkomposan dipercepatkan dengan bantuan mikroorganisma berguna yang menambahkan lagi kualiti kompos. Dengan sifat semulajadi dan tidak mencemar alam sekitar, AGRO KOMPOS membantu menyuburkan tanah, memperbaiki struktur tanah yang keras, memperbaiki sistem penyerapan air dalam tanah, membuka ruang pengudaraan dalam struktur tanah, mesra alam dan tidak toksid malah membantu pembiakan organisma berguna dalam tanah seperti cacing, fungi bakteria berguna dan lain-lain organisma berguna. Disamping manafaatnya kepada tanaman dan tanah, baja kompos AGROW juga tidak mencemar alam sekitar, perparitan serta sungai.

A
mat baik untuk sayur-sayuran, bunga, rumput, pokok buah-buahan.
Kadar aplikasi - 0.25 - 1 kg/pokok mengikut jenis pokok.

Kadar Pusingan- 1-2 kali sebulan mengikut jenis tanaman
.



AGROW II Formulated Compost


Syarikat ini juga mengedarkan baja yang diadunkan setiap 1,000kg baja kimia dengan 200kg baja kompos yang dinamakan AGROW II. Baja diformulasikan dalam bentuk butiran bagi memudahkan
penyimpanan dan aplikasi pembajaan di ladang. Kandungan nutrien, terutama elemen 'K' yang tinggi, terbukti berkesan menghasilkan tandan sawit bermutu dengan saiz optimum. Disamping itu ciri-ciri kompos sebagai kondisioner tanah, ditambah dengan kandungan elemen semulajadi N, P, K dan Mg membantu tumbesaran pokok dengan kadar optimum. AGROW II Formulated Compost yang dihasilkan melalui kombinasi baja kimia dan baja kompos ini dijamin tidak memudaratkan pokok sawit, malah mutunya setanding dengan baja granular yang ada di pasaran.

Aplikasi terbaik - Pokok Sawit matang.

Kadar aplikasi - 3.5 - 4kg/pokok

Kadar Pusingan - 3 kali setahun





Harga Baja AGROW COMPOST


1 Tan - RM600.00 (25 beg x 40kg)

Syarikat juga ada menjual baja yang dipeketkan 400g, 1 kg dan 2 kg



Harga Baja AGROW II Formulated Compost
(Untuk Pokok Sawit matang)

1 Tan - RM2,200.00




Syarikat menawarkan harga istimewa bagi sesiapa yang berminat untuk memasarkan/mengedarkan baja keluaran syarikat ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Premium Agro Products Sdn Bhd
d/a Kompleks Pasar Borong Selangor
Lot 49053, KM 10 Jalan Putra Permai
43300 Seri Kembangan

Tel (Pej) :03-89428004 h/p : 019-2281377 (En. Suffian) / 019-3454734 (En. Mazlan)
Fax: 03-89421004